07/05/2011

thanks!!!

Saya sangat2 bersyukur kerana dianugerahi insan yang paling bermakna dalam hidup sy.Sy mempunya baba dan mama yang sangat baik dan menyayangi saya. Seorang yang sangat2 manja adalah sifat semulajadi sy, bukan sengaja pon..yelah,maklumla anak bongsu la katakan. Sy merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik bradik, mmpunyai 2 org kakak dan satu org abg.Kakak yang sulong diberi gelaran  "Kak Yong", abg pulak gelarannye "abe" dan sorang lagi kakak ku diberi gelaran "kakak".Sy pulak dipanggil A..K..haha,faham2 jela..Sy  mempunyai seorang anak buah yg comel "Sofea" namenya,telatahnye membuatkan rumah menjadi riuh-rendah dan tanpanya kami semua sunyi..hu2..Sy juga bersyukur kerana masih mmpunyai seorang nenek, yg dipanggil Opah. Opah sgt pekat dgn loghat Perak nye.Opah seorang nenek yg sangat penyayang dan memahami cucu-cucunya.

   Selain family sy,sy turut bersyukur dgn kehadiran insan yang amat bermakna dalam hidup sy ini. Insan ini telah berjaya mengetuk dan membuka pintu ati sy yg sekian lame tlh terkunci rapat. Terima kasih kerana sudi menerima baik buruk sy dan sudi mengambil berat selepas family sy. Kehadiran kamu telah mengubat kelukaan ati sy.Sy amat-amat menghargai kamu.

   Ku bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana menghadirkan insan-insan yg amat bermakna dan yang paling sy sayangi ini ke dalam hidup sy.Kepada insan-insan ini,terima kasih kerana sudi hadir dlm hidup sy dan memberikan sinar kebahagiaan dalam hidup sy..Sy akan menghargai kamu semua dan menyayangi kamu semua sepanjang hayat sy.

HADIR INSAN PADA DIRIKU INI..
ANUGERAH KURNIAAN ILLAHI...=)

Hargailah insan-insan yang menyayangi kamu!!!


~simple is better~

No comments:

Post a Comment