15/01/2013

Jangan pandang keburukan orang ajew....

Kita hidup didunia ini untuk memenuhi kehendak Allah..Segala keburukan dan kelemahan kita perlulah diperbaiki dan segala kelemahan orang pulak janganlah dipandang hina..Kadang-kadang kita asyik melihat salah orang hingga salah sendiri tidak disedari..bukan apa sy berbicara sedemikian, sekadar untuk peringatan buat diri sy juga.

Ye, stiap orang didunia ini tidak lepas dari melakukan kesalahan dan setiap orang juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya...sy suka mendengar statement ini "No one is perfect, that why pencils have erasers"...Bila pensil membuat salah, pemadam lah yg memadamkannya..begitu juga kita sebagai manusia, bila insan2 yang berada dalam hidup kita melakukan salah, kita perlulah membimbing dan menasihati mereka, begitu juga sebaliknya..bukannya dengan cara memandang keburukan orang sahaja.

Tapi banyak yang sy perhatikan dan bahkan terjadi dalam hidup sy dan sebab itu sy selalu mempersoalkan dalam bisikan hati sy "kenapa bila orang tu ada buat sesuatu kesalahan, segala benda yang dibuat asyik diburuk sangka oleh sesetengah pihak"..Sy sangat tidak suka orang memandang rendah pada insan2 yg sy sayang..

  actually dlm relationship mmg kite x lepas dari apa2 masalah kn..sy sgt bersyukur kerana disebalik kelemahan ada kelebihannya..Sy juga sedar sy byk kelemahannya..Oleh itu, biarlah kita saling melengkapi..kekurangan awak sy lengkapkan dan kekurangan sy awak lengkapkan..Buat dri sndiri dan semua, "Jangan hanya melihat keburukan orang kerana seburuk-buruk dia, ada 1001 kebaikan yg kamu tidak pernah lihat...

~ kau begitu sempurna dimataku~

Sekian, terima kasih...

I'm back

Assalamualaikum sume...dh trsgt lame nmpknye blog ni dieyla x update..btw, dh byk sgt citer n prkara yg trjdi sepanjang x updatenya blog ni..lau nk diceritakan x tido la jawabnya..huhu..Ok la, dipendekkan cerita dieyla ade nk kongsi good news..Baru-baru ni dieyla n kengkawan ada pergi ke walk-in interview bertempat di HDC, PJ pada 9/1/2013...Interview ni adalah interview bagi "Halal Executive Programme"..dah lama sgt dieyla nak sertai program kursus nie..Alhamdulillah, syukur sangat pada yg Esa akhirnya interview itu berjaya dan dila dapat mengikuti kursus nie selama 6 bulan =)

6 bulan itu bersamaan dengan 3 bulan study dan 3 bulan praktikal. Pada kali ini kursus atau program ini bertempat di UiTM Kota Bharu. Herm, bertambah seronok laa sbb akhirnya dapat gk study dkat ngn family..maklumlaa dah lama x study dkt ngan umah nie..masa form 4 n 5 pon study jauh gk..pastu smbung study pon jauh gk...Akhirnya ada ugak rezeki disini.Okla, anyway wish me luck k...lepas nie kena belaja bangun awal macam study dulu2..hehe...

Sekian, terima kasih

16/05/2012

my SHORT SEM for 2012

15/5/2012 bermula lah pengajian short sem sy utk kali nie..kali nie sy amik 2 subjek,nutrition and health & sanitation and food regulation, pastu insyaallah tmat la pengajian sy di POLISAS..leh la pegi bwt latihan industri lak..hrp2 sume lepas laa..


haa,sebelum tu nk citer ckit..14/5/2012 smpai kt cni,pagi lak tu..pas trus p dfrt pgjian, blik tu dftr asrma lak..dftr asrma lak bknnye senang..maklumla dtg lwt kn..huhu..mjur ade bilik kosong..pastu lak bermulalah operasi mengemas n mengangkut brg bagai...fuhh,letih..mujurlah kengkawan xspecially my rumate yg byk tlg...mlm tu lak trus tido awl..

owkeylaa..bdn  pon msih lagi letih...nk landing2 luu..k..daaa

Pada kengkawan yg ngh tggu result n amik short sem, diharapkn sbr2 la tggu result kuar yew n camat bercuti pada yg x amik short sem...


~Simple is better~

26/03/2012

Putera & Puteriku

Bersyukur sgt pada yg Esa dikurniakan insan2 yg menyayangi sy dan yg sy sayangi...selain my parents n my siblings, kehadiran 2 insan teristimewa dlm hidup kitorng menjadi pelengkap kehidupan kami sekeluarga..maklumlaa adik beradik tak ramai, 4 org aje...insan yg sy mksudkannye adlh anak buah sy..

Jom sy perkenalkan putera & puteri sy!!!

SALSABILA SOFEA IMADI
  

Sofea atau lebih dikenali sebagai along..bru nk masuk 4 tahun,dh masuk PASTI pon..seorng yg sgt lincah n nakal..huhu...dia lah menjadi peneman n penghibur buat mama n baba dirumah..dh ganti tmpat sy..dulu sy lah yg meriuhkan suasana rumah..tp bila sy dh merantau ke negeri org ni nasib baeklah ade si pengganti yg comey ni sekurang2nya x lah sunyi  mama n baba kat rumah tu.

RAYYAN NAFIS IMADI


Baby rayyan ni bru berusia 6 bln...tinggal ngn ibunye kt Balok, Kuantan..sekarang ni asyik meniarap n blaja merangkak aje keje dy.. naseb baek ade dy, leh teman ibu kt kuantan...baby ni hobi dy suke senyum n menjerit gituuu..hihi

GELAGAT PUTERA N PUTERIKU












Inilah kisah anak buah sy yg sgt3 sy syg..

p/s utk si comey berdua: Ciksu harap putera n puteri ciksu ni jadi ank yg soleh n solehah bwt ibu n papa kelak...ciksu syg korang sgt2 mcm ank sndri...ciksu akan selalu rindukan anak buah ciksu yg kiut-miut ni...daaaa


~simple is better~

22/03/2012

rELeASE TENsioN kT gaMbANg wOO!!

thanks pada kwn2 yg berkongsi kegembiraan n kesedihan bersama2..kitorang nie jenis yg memang x reti duk diam..asyik merayap jer..tpi yg pnting kitorang x sshkan org laen pon...biarpon dh 2 kali p gambang water park same2 ngn diorang ni, tp sy x pernah bosan...

Nie laa gmbr2 kt gambang yg kitorang sempat snap..tp xbyk pon...

OTW p sane..huhu


pose kt car park pon jadi laa





15/01/2012

2012 is my last sem..

Lame sgt dh x update blog ni...byk suka duka 2011 yg xsempat dila nk story..kini 2012 tiba n membuka satu lembaran baru..

  Tahun ni dah sem last dila stdy di POLISAS sblom mnjalani latihan industri (LI)..awal2 sem pon dh byk keje yg kena bwt ditambah plak ngn final projek...sgt2 tension pon ade tambahan dgn tjuk projek ni,fuhh.. tidak kurang susahnye..susah weii...kdg2 rase give up pon ade tp mjurla ade family,kwn2 n yg trsyg yg sntiasa support dila dri belakang..


  Harapan dila smoga 2012 ini menjdikan tahun yang lebih baek untuk kite berbanding tahun2 sebelumnya...Insyaallah.

~simple is better~

27/11/2011

S!apA wAN!Ta cAnT!k???

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU



Wanita cantik ialah:

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis, dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.