Saya menjumpai erti rindu ini dari satu laman web, penulisnya Mohd Nazrul Abd Nasir dengan tajuknya BICARA TENTANG RINDU. Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.
Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.
Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.
Setelah membaca artikel ini, barulah sy tahu erti rindu sesungguhnya..huhu..memang betul, manusia tiada kuasa untuk menghalang rindu. Saya adalah wanita biasa, perasaan rindu ini sering menyelubungi sy tatkala berjauhan dengan orang-orang yg sy sayang..Rindu family,rindu kwn2,rindu someone special...sy akuinya..kadang-kadang sy merasakan sakit sangat apabila tersangat rindu hingga menitis airmata.
Setiap manusia yg lahir pasti akan merasai perasaan ini. Sama-samalah kita semaikan perasaan rindu ini berhiaskan iman dan taqwa..
SALAM RINDU DARI DILA BUAT ORG2 YG DIEYLA SAYANGI <3
No comments:
Post a Comment