Pada satu hari tu, surat yg ditunggu-tunggu telah pon tiba..Alhamdulillah, akhirnye hasrat sy untuk menyambung tingkatan 4 dalam course katering tercapai..Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah adalah destinasi sy..
28 Januari 2007, itulah tarikhnye sy menjejakkn kaki ke SMTTM buat pertama kali..Perasaan resah, takut, sedih, segalanya bercampur baur sebaik saja sampai disana..Resah kerana memikirkan dengan siapa sy akan berkawan, takut kerana tidak biase dengan suasana baru, sedih kerana terpaksa berpisah dengan family..
Alhamdulillah, lama-kelamaan perasaan sy tdi berubah menjadi gembira..Gembira sangat-sangat kerana mempunyai ramai kawan yg amat baik dan memahami, tidak kira didalam dorm mahupon didalam kelas.Teringatkan kenangan sewaktu di asrama, kadang-kadang nak tergelak jugak..Dah banyak sy kna denda, kena rotan la, kena tawaf la...tu sume hukuman sebab melanggar peraturan..hihi..padan muke..
Didalam bengkel pula laen ceritanya...sy ni kalut ckit setiap kali bengkel Penyediaan Masakan Barat & Timur..huhu..maklumla, x expert lgi bab memasak ni..tp syukurlah ats bantuan Cikgu Zaleha dan rakan-rakan seperjuangan dapat jugak sy memasak..terima kasih sume..Kalau bengkel Penyajian Makanan & Minuman,Cikgu Rosnani pembimbingnyer...pantang tengok org tido dlm kelas dy..hehe..ape-ape pon dua2 cikgu ni mmg best sangat..
Gmie, Afiq, Alif, Fauzan, Syaer, Qayyum, Daus, Naikmal, Zu, Zati, Suha, Anis, Wawa, Zita, Minin, Zarith, Kak Long, Kok, Pu3, Amirah....inilah teman-teman seperjuanganku katering batch 07/08...Sy dan gmie pulak aktif dlm perkhemahan, slalu saje berdua..emm,sekarang masih berhubung n merupakan someone special dlm idup sy skrang..tuuttt..
SALAM SYG DARI DIEYLA BUAT SEMUA..=)
No comments:
Post a Comment