27/11/2011

S!apA wAN!Ta cAnT!k???

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU



Wanita cantik ialah:

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis, dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

25/11/2011

sem BREAK!!

assalamualaikum n moga sume sihat...wahh,dah lame Dieyla x update blog ni..mjur xberkulat jer..heheh..bukan pew,ritu bzy sgt2 ngn "Product Launching" n final exam...but skang ni dh tibe time yg dinanti2...SEM BREAK..hihi.



      Sepanjang duk kat umah ni , mkn pon brtambah selera..maklumla hati gembira..bkn selalu dpt cuti..heee..dptla release kn tension dri tmpt blaja tuu sementara naik sem pulak..herm,pertengahan bln 12 kuar result final lak..huhu..nerves plak lau igtkn balik..dh la exam rituu byk subjek killer...arhh,mls lagi la nk pkir bnda ni..nk rest2 luu...nk gunakan masa yg ade ni brsama fmily tercayunk n lau xde pe2 halangan nk bersua ngn member2 lama...hihi

  Pada member2 yg tgh cuti sem gak skang ni,camat bercuti n gunalah cuti anda sebaik2 yg mungkin...=)

                                ~simple is better~

25/10/2011

Mencongak hari nak balik ooii....huhu

Assalamualaikum....x sbr nyer rase nk balik umah..rindu kt family hanya ALLAH je yg tahu...erm,lagi bape ari je lagi..yes..


Nanti boleh la sambut HARI RAYA AIDILADHA ngan family tercinta..auww,xsbr nyer..satu lagi nak mintak restu mama n baba sebab naik cuti raya ni dh final exam..
Hope member2 yg xbalik tu jgn sedih2 taw, tapi walaupon xbalik jgn lupe kol family tnye khabar diorang n then jgn lupe mintak restu dan doa dari ibu bapa anda untuk final nie..

-Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha-

                                                         ~Simple is better~

09/10/2011

dOA-Doa untuk pelajar......


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 kepada sesiapa yg bakal menghadapi final exam tidak lama lgi, good luck yer...amalkan lh doa2 nie....

10/08/2011

Jodoh & Takdir by MISK

nasyid indie ini mempunyai melodi dan lirik yang sungguh indah untuk dihayati..jom same2 layan.....


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk ku curahkan segala rasa
Perasaan yang tersimpan seribu satu makna
Di kala aku keseorangan
Dia penghibur dan jua peneman
Hati yang sayu tidak kesepian
Duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yang menawan
Tidak ku harap yang hartawan
Bukan jua kerna kedudukan
Cuma ku damba insan yang sepadan
Kasihnya sejati bukannya keterpaksaan
Biarpun derita yang menjadi rintangan
Ketulusannya yang tiada bandingan
Tercipta ayu indahnya peribadi insan
~kasihnya sejati bukannya kerna paksaan~

                                     
                               ~simple is better~

07/08/2011

berbuka & juadah feveretku

Dieyla rindu sgt nk berbuka puase ngn family...rindu masakan mama..kat cini x sebest kt umah..erm,tapi mujurlah ade rumate n kengkawan yg baek kt cinie..dpt gak berbuka same2..

Setiap kali puase, kalau kat umah mama n baba mesti belikan ikan pari untuk saya..Pas beli, kitorang bakar ikan same2..pastu mama pulak wat air asam..fuhh,best sgt..


x sabar nk balik umah 25hb nie, sempatlah jugak berbukak ngn family ramai2...n harap2 my feveret food nie turut serta dlm juadah nanti..huhu..bukan pe, stiap kali puase ikan pari bakar nie lah mnjadi hidangan yg wajib utk sy..tp puase nie xmkn pon lagi..tu laa rase nk mkn sgt2 nie..
To my lovely family,tggu adik balik umah taw..t kite bakar ikan same2...=)

~Berbukalah secara sederhana~

                              ~simple is bettter~

03/08/2011

RAMADHAN bulan mulia....

Assalamualaikum...erm,dah lame dieyla x update blog...ape pon, selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak bwt sume umat Islam x kire d mane korang berada..bersyukur pada Yang-Esa kerana dgn izinnya kite masih lagi dapat merasai bulan Ramadhan pada tahun ini.



   semoga Ramadhan pada kali ini memberikan seribu satu makna bwt kite sume...sama-samalah kite memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini daripada membiarkannya berlalu begitu saja...sesungguhnya kehadiran Ramadhan memang dinantikan kerana tibanya membawa sejuta erti...SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA & SELAMAT BERBUKA BUAT SUME UMAT ISLAM..

 ~Happy Blessed Ramadhan~



                            ~simple is better~

01/07/2011

Terubatnya luka semalam...

inspirasi dari kisahku yg sebenar:

diriku hanya gadis biasa
tidak mudah memberikan hati kpd lelaki begitu saja
tetapi bila hati ini sudah mula ingin dicinta
aku seolah jatuh terleka...

terleka lalu membuatkan aku terluka
hanya Yang-Esa tahu betapa sakitnya sebuah duka
penantianku ternyata sia-sia
saat hati ini terbuka untuk menerima cinta si jejaka
cintaku dibalas dengan air mata...


silap juga,
terlalu menyayangi orang yg belum tentu milik kita..
tapi...aku terima dengan redha
mengharapkan ada hikmah disebaliknya
kisah ini ku jadikan pengajaran berharga...

kini,
ternyata sangkaan ku benar belaka
hikmah dari Yang-Esa ku terima
duka semalam bertukar gembira
kesabaranku tidak sia-sia


pengubat luka telah ku jumpa
hanya berada didepan mata
anugerah dari Yang Maha Kuasa
menerimaku apa ada

Ku harapkan perhubungan ini kekal hingga ke syurga..
dengan lafaz pernikahan yg mulia...
dengan restu dari Yang-Esa..
dengan perkenan ayah dan bonda..

Insyaallah...

-CINTA ILLAHI  KAN KEKAL ABADI-

                  ~simple is better~

26/06/2011

Kucing dan Islam


hari ni Dieyla nk kongsi ngn kawan2 serba sedikit mengenai kucing yg Dieyla temui di salah sebuah website..bace erk, untuk informasi bersama!!


-Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor  kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir Purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
-Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak
KUCING DAN ISLAM


    Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
  Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW   pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

   Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
-Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.



   Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
   Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari  Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

      SUMBER: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kucing
:  
-Jangan sesekali menyeksanya sekalipon anda tidak suka..Ingatlah, haiwan dan tumbuhan adalah amanah dari ALLAH S.W.T buat kite.

~simple is better~

25/06/2011

Penggunaan Dinar Emas sebagai mahar perkahwinan...

 Dalam Daulah Islamiah Dinar Emas adalah alat perantaraan pertukaran (a medium of exchange). Ia adalah wang (money) dan ia adalah matawang (currency). Wang digunakan untuk membuat bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dibeli. Wang diterima sebagai bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dijual. Wang yang digunakan untuk jual-beli dikenali sebagai ”legal tender.” 






-Selain dari berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran, wang juga berfungsi sebagai alat pengukur nilai (measurement of value), alat bayaran tertangguh (instrument of deferred payment), iaitu, alat pembayaran hutang, unit akaun (unit of account) dan alat penyimpan nilai (store of value). Kepada fungsi ini boleh ditambah dua lagi fungsi, iaitu, alat spekulasi dan alat empayar (tool of empire).
-Dinar Emas juga berfungsi sebagai alat pembayaran zakat, mahar perkahwinan dan alat pembayaran denda berkaitan kesalahan jenayah di bawah hukum-hukum Islam seperti hudud dan lain-lain.
Dinar Emas sebagai mahar perkahwinan
-Menurut istilah syarak, mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri.Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. 


-Mahar perkahwinan atau mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakad nikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’ dapat dinilai dengan wang.
Antara kisah terkenal dan terawal yang menggunakan dinar emas sebagai mahar perkahwinan adalah artis M Nasir dan Marlia Musa.
” Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.
Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka.
Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana ‘ingin kembali kepada tradisi Islam.’”

  Amat menarik sekali kisah diatas atas beberapa sebab.Yang pertama penggunaan dinar pada masa itu belum pun meluas,malah dinar  yang dikeluarkan secara rasmi dalam dunia moden ialah yang dikeluarkan oleh UAE lebih kurang setahun selepas pernikahan M Nasir. Keduanya jika standard dinar tersebut mengikut piawaian Omar Al Khatab iaitu 1 dinar bersamaan 4.25g  emas 22 karat ,maka harga jatuh bagi 1 dinar masa itu adalah RM153 ,dan pada masa artikel ini ditulis harga 1 dinar adalah RM549, maka jumlah keseluruhannya telah bernilai RM7137. Anda pilih,mas kahwin dalam ringgit atau dalam dinar?
sumber: emas-semasa.com/archives/408

                                                              -Ringgit or Dinar?? pilih2-

~simple is better~

Ciri-ciri wanita yang diminati lelaki....

Sebagai seorang wanita, kita juga perlu cuba untuk mengenali hati lelaki dan cuba untuk mengetahui apa yang disukai mereka jika mahu hubungan berkekalan..Tetapi ape pon ia kehendak daripada Yang-Esa jugak..Tapi tak salah kalau kita usaha..Insyaallah..
PETUA-PETUANYA IALAH:
1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.
2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.
4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.
5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.
8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.
10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.
14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.
17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.
19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.
20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.
22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.
23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.
24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
sumber:

-semoga hubungan yang terbina akan berakhir dengan ikatan yang sah dan suci..Insyaallah-

~simple is better~

22/06/2011

my dream car.....

haaa..nie lah kereta2 idaman sy...jom same2 tgok kelebihan,komposisi n konfigurasi kereta2 ini:

MITSUBISHI LANCER EVO X

-Mitsubishi offers its Lancer compact four-door sedan in a high-performance rally car version called the Evolution. The Mitsubishi Lancer Evolution comes in four different trim levels: the GSR, SE, MR and MR Touring. Each of the four trim levels comes with the same engine, which is mated with a turbocharger and intercooler to produce greater output.

-Mitsubishi manufactures the Lancer Evolution's engine block and cylinder head out of aluminum. The engine block comes with four inline cylinders, which each having a bore of 3.4 inches and a stroke of 3.4 inches. The engine has dual overhead cams that operate 16 valves. Mitsubishi attaches a turbocharger and intercooler to the block to enhance the engine's performance.




FERRARI 430 SCUDERIA SPIDER

-The 430 Scuderia Spider is equipped with the F1-SuperFast2 gearbox, one of the latest evolutions from the F1 racing experience allowing reducing gear change time to 60 milliseconds. The E-Diff is now integrated with the vehicle's stability control systems and the torque is intelligently distributed to the wheels bringing considerable advantages in terms of performance, stability, safety and driving pleasure. The E-Diff, in particular, allows the driver to modify the car set up according to the road and driving conditions from the manettino mounted on the steering wheel. The 430 Scuderia Spider features the racing version of the Manettino, further enhanced options for a sportier driving. The F1-Trac provides ease of driving even in extreme conditions, maximum traction on exiting corners, constant performance and drive comfort.




 
PEUGEOT RCZ
-There are three engine options for the RCZ, all with a 6-speed manual transmission and automatic available on the lower powered petrol model. The range includes a 1.6 L petrol 156 bhp (116 kW; 158 PS) THP and a higher performance model sharing the Mini Cooper S turbocharged 1.6L engine producing 197 bhp (147 kW; 200 PS) THP engine with gives the THP 200 accleration to 62mph in 7.6sec and a top speed of 147mph. The 2.0L HDI diesel version produces163 bhp (122 kW; 165 PS).The RCZ is 4.287 m (168.8 in) long, 1.845 m (72.6 in) wide and1.359 m (53.5 in) in height and a wheelbase of 2.612 m (102.8 in).
   -The RCZ can be highly specified including features such as electric heated and adjustable seating with driver's -memory, leather seats and dashboard and hill assist function.



sy memang minat giler r kt 3 jenis kereta ni tambah lagi my feveret kaler tuu..red..fuhh,smart lorh..tpi harga dy pon smart gak..hik3...Kalau ad rezeki ,satu ari nnti sy nak sgt memiliki slh satu drpada kereta2 pilihan sy nie...erm,tapi x salahkn walaupon sekadar angan2 sebab orang kate dengan angan2 la sesuatu cita2 tu akn tercapai..Insyaallah..

-Ohh,kereta idamanku- 

~simple is better~

oohhh kampung halamanku....

 hermm,akhirnya dpt gak sy pulang ke umah...20hb,mcm2 yg terjadi mase tuu..memang tarikh ni menciptakan satu pengalaman yg sy n kawan sy intan xdpt lupakan...bas oo bas..huhu...tapi xpe laa,benda dh jadi nk wat cmner kn..Walaupon ad sedikit masalah, tapi alhamdulillah sy dpt gk balik..syukur sangat2. ..kit0rang jadikn msalah itu sebagai satu pengalaman n ia menjadikn satu kenangan short sem buat kitorang berdua..hi2


  Sampai di KOTA BHARU lebih kurang kul 5 lebih 21hb..fuhh,lam ati seronok giler...setibanya di rumah lagi la hepy..erm,tido pon lame gak cz letih sgt kn..Baru je satu hari duk kat umah, dh banyak makanan sy bantai..maklumlaa,dh lame kn x rase msakan mama tersayang...bile dh jumpe ape lagi, mkn byk2 lorrr.huhu..Walaupon cuti sy lam 2 minggu jer tp jadila kn bbnding xde cti langsung..sekurang2nye dpt laa gak menghbiskn sisa2 cuti sem di kampung halaman...ngee

OK laa,setakat ni dlu yer,pd sume member2...camat bercuti taw =)

~simple is better~

             

17/06/2011

Final exam short sem!!! juz around de corner...

 Assalamualaikum dan salam sejahtera sume...
   
  erm,pejam celik pejam celik rupe2 nya stdy week dh hampir sampai ke penghujungnyer..kejap je rase..seronok sangat main ngan anak buah tu la rase kjap sgt...hihi..bacenyer plak x seberapa, tapi bukan x bace langsung..bace gak taw..hee



Isnin ni start la final exam untuk short sem n hari tu jugak la sy akan amik exam untuk paper Food Quality Control..Hari yg mendebarkan n hari yg sungguh menyeronokkan sbb hari tu sy dpt pulang ke umah..haha..windu sgt2 nk pulang ke kg halaman nie...xsbr rasenya..ooh ye, 3 hari jugak dieyla x on9 pasnie..tp pas exam on9 plak..hehe...nk tinggal lappy kt umah akak, mls nk bwk kt hostel sbb nk concentrate kt exam yg tinggal lebih kurang 3 hari je lgi nie..cewaaahh,kononnye..hermm,esok nk blik hostel daa..nk stdy..hi2

btw, dieyla harap kawan2 yg akan mengambil final exam short sem sama ngn dieyla nie agar dpt jawab exam dengan el0k n cemerlang nanti..Insyaallah,banyakkan berdoa yer kawan2...

-DOAKAN KEJAYAAN DIEYLA JUGAK YER-

                                                     
                                                        ~simple is better~

14/06/2011

Rindu setengah mati...

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi menemaniku saat gundah
berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu ku hanya memiliki kamu





aku rindu setengah mati kepadamu                    
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati      
                                                                                                                                                              
meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu                                                        
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu                                                                                                                                                             
ku tak bisa hidup tanpamu                                                                   
AKU RINDU…

-d'masiv-


                                                    ~simple is better~

10/06/2011

Masak???

  Masak?? pndai ke? haha..First2 nk ckp, memang sy sgt mnat memasak, tapi sayangnyer sy ni bukannye pandai memasak sangat..mmg sy mengakuinya.. Tapi sebab dulu pernah amik kos katering, alhamdulillah ok la cikit berbanding sebelum tu..tu pon atas bantuan mama, cikgu2 dan member2 yg byk membantu..


Kadang2 pernah gak terasa hati bila ade org memperbesarkan kelemahan ini ..tapi xkan la sebab tu pon sy nak give up kn..sy ambik perkara nie sbgai suatu yg positif untuk sy meningkatkan lagi potensi sy nie..ermm,tp kadang2 rasa malu gak dengan my Mr A, sbb dy expert memasak..hu2..sekolah dlu pon dy lah yg byk membantu sy..Time kasih sebab sudi terima sy seadanya..

Walaupon x pandai memasak macam orang laen, tapi sy tetap mahu mencuba..Tengok rancangan masakan, cari resepi dalam internet, cari resepi dalam buku resepi mama, belajar memasak dgn mama, cipta resepi dengan kakak sy dan banyak lagi la cara sy..Insyaallah, sy harap sgt suatu hari nanti sy akan expert memasak sehebat mama, sehebat chef dan sehebat my Mr A...amin..

~Never give up to improve myself~


~simple is better~